Sunday, 27 March 2016

Cinta

by : muhammad1097

Cinta merupakan anugerah daripada Allah S.W.T,

Cinta merupakan sesuatu yang tidak ternilai,

Ia adalah perkara yang abstrak,

Ianya tidak dapat dilihat,dipegang atau disentuh,

Cinta hanya boleh dirasai apabila tiba masanya,

Setiap manusia mempunyai perasaan cinta di dalam diri mereka,

Ianya sangat berharga pada diri kita,

Semua orang mahukan cinta,

Tetapi bukan semua cinta itu adalah sejati,

Kebanyakkannya adalah cinta materialistik,

Cinta membuatkan kita menjadi buta,

Buta terhadap segala perkara yang berada di depan mata kita,

Demi cinta kita sanggup melakukan apa saja,

Cinta juga memberikan kita kekuatan untuk menempuhi segala halangan,

Cinta juga dapat mengubah sikap kita,

Apa yang diperlukan oleh kita ialah cinta sejati,

Tepuk dada tanya hati siapa yang kita cintai,

Pastikan bahawa pilihan kita adalah tepat,

Pilihlah orang yang menghargai dan menyayangi diri kita ,

Jangan biarkan diri kita dipermainkan ,

Jangan bersedih jika kita berpisah dengannya ,

Mungkin ianya adalah suratan takdir ,

Mungkin juga tuhan telah menjodohkan kita dengan seseorang yang lebih baik ,

Kita hanya mampu mengubahnya dengan berusaha dan berdoa kepadaNya……….