Wednesday, 6 May 2015

Koleksi Bahasa Singkatan Internet Yang Digunakan Zaman Sekarang , Lepas Ni Tidaklah Terpinga-pinga Membaca !!!



LOL, APTB, SMH, TTYL… pening kepala juga bila membaca bahasa internet yang digunakan zaman sekarang ini. Bukan sahaja susah untuk menyebutnya, kadangkala maksudnya juga tidak kita fahami. Kami himpunkan antara bahasa internet yang sering digunakan netizen zaman ini. Tidaklah anda terpinga-pinga bila membacanya....


APTB – Apa pun tak boleh

ATEOTD – At the end of the day

BFF – Best friend forever

BFGFBFF: Boyfriend Girlfriend Best Friends Forever

BFN – Bye for now

BRB – Be right back

BTW – By the way

BTDT – Been there, done that

CU – See you (later)

DL – Download

FYI – For your information

FBF – Flashback Friday

GTG – Got to go

HB – Happy Birthday
ICYMI – I case you missed it

IDK – I don’t know

IYKWIM – If you know what I mean

ILY – I love you

ILYSM – I love you so much

IMO – In my opinion

IMHO – In my humble opinion

IMNSHO – In my not so humble opinion

IRL – In real life

JK or j/k – Just Kidding

KTHXBYE – Ok, thanks, bye.

Lag – Lambat (Digunakan sekiranya komputer, telefon pintar atau perkhidmatan internet anda lambat berfungsi)

LOL – Laugh out loud

LMAO – Laughing my ass off

LMGTFY – Let me Google that for you

LMK – Let me know

LYLAB – Love you like a brother

LYLAS – Love you like a sister

L8R – Later

MIL – Mother in law

NSFW – Not safe for work

NVM – Nevermind

OFN – Old freaking news

OMG – Oh my god

OMK – Oh mak kau

OMW – On my way

OOTD – Outfit of the day

O RLY – Oh really?

OTP – On the phone

OTW – On the way

PPL – People

RL – Real life

ROFL / ROTFL – Rolling on the floor laughing

SMH – Shaking my head

TBH – To be honest

TB - Throwback

TBT – Throwback Thursday

TGIF – Thank God it’s Friday

THX – Thanks

TMI – Too much information

TTFN – Ta ta for now

TTYL – Talk to you later

TTYS – Talk to you soon

TY – Thank you

TYT – Take your time

TYVM – Thank you very much

WTH – What the hell

W8 – Wait

YOLO – You only live once

YW – You’re welcome

<3 – Love

Kisah Sedih !! Aku Dah Kahwin Sekarang. (Sediakan Tisu) !!!


Thursday, 23 April 2015

6 Petanda Dia Jodoh Dia

6 CARA KETAHUI DIALAH JODOH ANDA
TANDA DIA JODOH ANDA.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Apapun yang dia lakukan semuanya bershaja, tak cover dan sebagainya.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan
kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa
sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita
lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita
sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati
langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan
tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap
jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita.
selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling
penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang
sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin
memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang
berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti
rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah
individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan
Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha
esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui
mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Tuhan memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.

Saturday, 18 April 2015

Kisah Cinta Kepada Rasulullah SAW

Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Umar Al - Khattab hampir2 hilang akal kerana Beliau tidak dapat menerima hakikat kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau mengancam untuk memenggal kepala sesiapa sahaja yang menyatakan Rasulullah SAW telah wafat, Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Bilal Bin Rabah tidak dapat menahan perasaan rindunya untuk terus tinggal di Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau membawa diri ke Syam, Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Uwais Al-Qarni sanggup mematahkan kesemua giginya dengan menggunakan batu kerana Beliau ingin merasai kesakitan yang dirasakan oleh Rasulullah SAW disaat Baginda SAW jatuh di dalam lubang sehingga menyebabkan gigi Baginda SAW patah semasa perang uhud, Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Muaz dan Muawwiz dua org kanak2 yang berumur 10 tahun sanggup turun ke medan jihad semata2 untuk mencari orang yang selalu menyakitkan hati Rasulullah SAW iaitu Abu Jahal sehingga menyebabkan terbunuhnya Abu Jahal pada peperangan itu, Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah menangis apabila Beliau melihat dihadapan rumahnya ada beberapa ekor kuda kepunyaan Beliau kerana Abu Ubaidah pernah berjanji untuk tidak mengambil dunia secara berlebihan tetapi setelah Rasulullah SAW wafat ada beberapa ekor kuda dihadapan Rumah yang telah dimiliki oleh Beliau..          Subhanallah..Sungguh banyak kisah2 cinta para sahabat terhadap Nabi SAW tidak mampu digambarkan betapa cintanya mereka kepada Rasulullah SAW....Mereka bukannya hanya pandai mengungkapkan kata2 cinta semata2 tetapi cinta mereka dibuktikan dengan ingin mengikuti secara keseluruhan sunnah Baginda Nabi SAW
-Selamat Malam-

Thursday, 16 April 2015

RAHSIA KELEBIHAN SURAH YASIN

AMALAN DALAM SURAH YASIN.

KELEBIHAN AYAT DALAM YASIN INI SEBAGAI PERUBATAN DAN KEGINAAN SENDIRI:

Rahsia Kelebihan Ayat 1 – 9 :
Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.
Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13 – 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Rahsia Kelebihan Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.
Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup
.
Rahsia Kelebihan Ayat 45 – 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 – 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

*Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton – Elok untuk kulit
Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

*Seelok-eloknya dibaca :

*Selepas sembahyang subuh.

3 Jumaat berturut-turut
Ayat 1 – Yassin baca 7x
Ayat 38 – 12x
Ayat 58 – 7x
Ayat 82 – 14x
Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

.

Sunday, 12 April 2015

MUSLIMAH ITU

Ini adalah kata2 daripada orang yang menjadi pemberi inspirasi kepada diriku ini...

Assalamualaikum wbt.

Muslimah itu...
Terkadang gelak kuat tak henti
Terkadang minum berdiri
Terkadang sebelum tidur terbaca doa dan ayat kursi
Terkadang pakai stoking bermula dari kiri

Terkadang gembira sampai tayang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri
Sampai rasa nak lempang orang laju2 without mercy

Muslimah itu..
Adakah manusia biasa yang tak lari dari segala bagai persaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba juga punyai perasaan lemah serta tak lari dari berbuat khilaf salah dan dosa.. Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa
Cuba perbaiki diri meskipun sukar.. Istiqamah dalam diri perlu ada...

Si dia yang berkata - kata ku kenal hanyalah buat sementara
Tetapi kurasakan bagai lama telah berjumpa..
Kini si dia membawa haluannya sendiri utk berjihad di jalan Allah
Begitu juga diriku yang cuba menjejak langkahnya .....

Tuesday, 24 March 2015

Mesti Baca! 10 Tanda Anda Dah Wajib Kahwin..



Pernahkah anda berasa sunyi di hati walaupun dikellilingi ramai orang? Hah, itu antara tanda-tanda wajib kahwin tu.


Jalan-jalan ke blog kawan, penulis terbaca pula artikel tentang 10 tanda wajib kahwin. (Ceh, kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca kan.. gatal eh? Tu yang korang terfikir kan.. hehe, mana ada mana ada).


Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan.. ok jom baca 10 tanda wajib kahwin in:


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.


“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)


Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.


Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.


Rasulullah bersabda:


“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.


Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.


2. Kehidupan yang tidak terurus.


Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga.


Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:


“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.


3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina


Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.


Rasulullah S.A.W. bersabda:


“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31


Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.


“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.


Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.


ALLAH berfirman:


“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21


4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.


Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun.


Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.


“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72


5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.


Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering.


Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:


“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.


Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:


“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.


Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.


6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.


Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.


ALLAH berfirman:


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14


Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.


Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.


ALLAH berfirman:


“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189


8. Desakan hawa nafsu


Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.


Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:


“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad.


Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.


Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.


Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:


“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7


“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.


Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.


10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.


Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.


ALLAH berfirman:


“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.


Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.


Sumber: www.gempak.org

Friday, 27 February 2015

10 Dalil Menutup Aurat Yang Tidak Boleh Dipertikaikan




Berikut adalah sebahagian daripada dalil-dalil berkaitan haramnya mendedahkan aurat di depan ajnabi ( lelaki bukan mahramnya ).


1) “Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].


2) “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


3) Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]


4) Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


5) Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]


6) “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” [Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245]


7) Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


8) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.


9) “Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” (Al-A’raf : 26)


10) “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

Menutup Aurat / Berhijab





Assalamualaikum w.b.t kpd semua pembaca.........


Ini adalah sekadar perkongsian kpd kaum hawa.......


Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki sebagaimana Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam.Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan...

Oleh itu, wanita perlu menjaga aurat mereka daripada dilihat oleh orang yang tidak halal baginya selain daripada suaminya...


Dgn berhijab ianya dpt memelihara kehormatan kaum wanita pada satu level yg tinggi.

Menutup aurat itu bukan bermaksud hanya menutup rambut ...

Berpakaian yang menampakkan bentuk / susuk badan seperti berbaju dan seluar ketat @ fit ,

Begitu juga bagi perempuan yang bertudung singkat iaitu tidak menutupi bahagian dada...


Perkara sebeginilah yang berlaku di negara kita sekarang :

1. Ramai perempuan yang memakai baju adik dalam kata lain ketat @ singkat.

2. Bertudung singkat dan sanggul rambut sangat besar.

3. Berbaju lengan pendek.


Sedangkan yang bukan aurat bagi perempuan ialah tapak tangan dan muka...

Suara juga merupakan aurat bagi wanita..jadi percakapan dan intonasi suara perlu dikawal..

Ramai jugak wanita yg berpakaian @ berbaju tetapi ibarat macam tak ________.Korang paham2 sendirilah ye......


Ramai perempuan zaman sekarang (segelintir) mengatakan menutup aurat ni payah dan merimaskan mereka. Bagi yg free hair pulak, mereka akan kata : Belum sampai seru lagi.....Nanti dah sampai seru barulah mereka pakai tudung...Ustaz Azhar Idrus juga pernah berkata : Dalam Al-Quran dah lama menyeru kaum hawa untuk menutup aurat...


Jadi nak tunggu sampai bila? Fikir-fikirkanlah....

Nak ikhlas dalam menutup aurat ni sebenarnya susah...Jadi walaupun terpaksa kena lakukan jugak..

Lama kelamaan akan terbiasa jugak dan bertanggungjawab dgn tuntutanNya...

Kalau tak dilakukan ,jawablah sendiri dgn ALLAH S.W.T di akhirat nanti...


Mohon disebarkan utk kebaikan semua !!!