Thursday, 23 April 2015

6 Petanda Dia Jodoh Dia

6 CARA KETAHUI DIALAH JODOH ANDA
TANDA DIA JODOH ANDA.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Apapun yang dia lakukan semuanya bershaja, tak cover dan sebagainya.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan
kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa
sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita
lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita
sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati
langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan
tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap
jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita.
selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling
penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang
sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin
memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang
berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti
rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah
individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan
Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha
esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui
mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Tuhan memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment