
Assalamualaikum w.b.t kpd semua pembaca.........
Ini adalah sekadar perkongsian kpd kaum hawa.......
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki sebagaimana Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam.Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan...
Oleh itu, wanita perlu menjaga aurat mereka daripada dilihat oleh orang yang tidak halal baginya selain daripada suaminya...
Dgn berhijab ianya dpt memelihara kehormatan kaum wanita pada satu level yg tinggi.
Menutup aurat itu bukan bermaksud hanya menutup rambut ...
Berpakaian yang menampakkan bentuk / susuk badan seperti berbaju dan seluar ketat @ fit ,
Begitu juga bagi perempuan yang bertudung singkat iaitu tidak menutupi bahagian dada...
Perkara sebeginilah yang berlaku di negara kita sekarang :
1. Ramai perempuan yang memakai baju adik dalam kata lain ketat @ singkat.
2. Bertudung singkat dan sanggul rambut sangat besar.
3. Berbaju lengan pendek.
Sedangkan yang bukan aurat bagi perempuan ialah tapak tangan dan muka...
Suara juga merupakan aurat bagi wanita..jadi percakapan dan intonasi suara perlu dikawal..
Ramai jugak wanita yg berpakaian @ berbaju tetapi ibarat macam tak ________.Korang paham2 sendirilah ye......
Ramai perempuan zaman sekarang (segelintir) mengatakan menutup aurat ni payah dan merimaskan mereka. Bagi yg free hair pulak, mereka akan kata : Belum sampai seru lagi.....Nanti dah sampai seru barulah mereka pakai tudung...Ustaz Azhar Idrus juga pernah berkata : Dalam Al-Quran dah lama menyeru kaum hawa untuk menutup aurat...
Jadi nak tunggu sampai bila? Fikir-fikirkanlah....
Nak ikhlas dalam menutup aurat ni sebenarnya susah...Jadi walaupun terpaksa kena lakukan jugak..
Lama kelamaan akan terbiasa jugak dan bertanggungjawab dgn tuntutanNya...
Kalau tak dilakukan ,jawablah sendiri dgn ALLAH S.W.T di akhirat nanti...
Mohon disebarkan utk kebaikan semua !!!
No comments:
Post a Comment